Thursday, June 23, 2011

renungan seketika..!!!

kini sudah masuk 2 minggu aku berkerja terasa sangat memenatkan.bila di fikirkan aku tlh menghabis kan banyak masa di tempat kerja sehinggakan diriku sendiri tidak teratur..sampai bila ku harus melalui nya..bukan itu saja buat yang tersayang pun aku sudah tiada masa..kesian dea..aku harap dea faham..!!!

Monday, June 6, 2011

assalamualaiku...hehehehehhe pada 4 jun lepas adalah ari jady aku...so anak patung comel ney lh sebagai hadiah dri seorg cewek hehehehe..awal nya ndk sangka yg hadiah ea bgi tuw adalah anak patung sweet ney..huhuhuhuhu dgn kotak nya yg besar..hahahahhahaha thankz sngt2.............huhuhuhuhu..kami p KFC heheheh tpi time kfc penuh gylk..so kmi tunda lh dlu upacara potong kek..hihihihihihihi yg penting hepy..hahahahahha abis semua tuw kita org p jln round uk..penat jgk lh
kek hari lahir ku
aku ama kamu..!!
nama dea epy..!!!
dea ney hadiah ary lahir ku

Sunday, June 5, 2011

KISAH BENAR,,berfikir dahulu sebelum bertindak

Seorang ibu tunggal yang miskin Siu Lan mempunyai anak berumur 7 tahun bernama Lie Mei. Kemiskinan membuat Lie Mei perlu membantu ibunya menjual kuih dipasar.Kerana miskin Lie Mei tidak pernah meminta-minta dan bermanja-manja dengan ibunya.
Pada satu musim sejuk,semasa baru siap membuat kuih, Siu Lan melihat bakul kuihnya sudah rosak dan Siu Lan berpesan kepada Lie Mei supaya menunggu dirumah kerana dia mahu membeli bakul baru.
Semasa pulang Siu Lan tidak menemui Lie Mei di rumah.
Siu Lan sangat marah. Anak perempuannya itu benar-benar tidak tahu diri, hidup susah tapi masih juga pergi main-main, padahal sudah dipesan agar menunggu sahaja di rumah.
Akhirnya Siu Lan pergi sendiri menjual kuih dan sebagai hukuman pintu rumahnya dikunci dari luar agar Lie Mei tidak dapat masuk. Anak perempuannya itu mesti diberi pelajaran, fikirnya geram.
Pulang dari jual kuih, Siu Lan menemui Lie Mei, gadis kecil itu terbaring di depan pintu. Siu Lan berlari memeluk Lie Mei yang membeku dan sudah tidak bernyawa.
Jeritan Siu Lan memecah kebekuan salji masa itu. Dia menangis meraung-raung, tetapi Lie Mei tetap tidak bergerak.
Dengan segera Siu Lan memdokong Lie Mei masuk kerumah. Siu Lan menggoncang-goncang tubuh beku gadis kecilnya sambil meneriakkan nama Lie Mei.
Tiba-tiba sebuah bungkusan kecil jatuh dari tangan Lie Mei. Siu Lan mengambil bungkusan kecil itu dan membuka isinya.
Isinya ialah sebuah biskut kecil yg dibungkus kertas usang dan tulisan kecil yang ada dikertas adalah tulisan Lie Mei yang comot tetapi dapat dibaca.
“Mama pasti lupa, ini hari istimewa bagi mama, aku membelikan biskut kecil ini untuk hadiah, duitku tidak cukup untuk membeli biskut yang besar… Mama selamat ulang tahun”.